Nota Aluan

Selamat bertamu ke blog Ulas & Kupas. Blog ini dibangunkan bagi membicarakan tentang buku untuk kebaikan kita bersama. Ulasan dan kupasan di sini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang akan bersetuju dan mungkin lebih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Tidak mengapa, kita raikan perbezaan pandangan secara sihat dan membina. Sama-sama kita hormati pandangan orang lain dan berpeganglah kepada adab berbeza pandangan. Teruskan membaca kerana ianya santapan minda anda!

Selasa, 17 Julai 2007

Eh! Wat Yu Talking? Chronicles of Malay Humour


Penulis: Syed Ali Tawfik Al-Attas
Penerbit: MPH Publishing
Tahun: 2007 (cetakan kedua)
Halaman: 113
Harga:
RM12.90
Genre: Fiksyen, humor
Pengantar:
Bahasa Inggeris


Sinopsis:

These chronicles of Malay humour are commonly shared between people of different geography. For example, in Arab-speaking countries, a common theme in most tales of humour and those exemplifying a moral code revolves around a man referred to as Johar (Juha); in the Persian-speaking milieu where the the theme remains the same, revolves around a man referred to as Mulla Nasruddin; in the Turkish-speaking milieu these narratives revolve around a man referred to as Hoca Nasruddin; whereas in the Malay-speaking world, the names Abu Nawas and Pak Pandir are commonly identified with humourous narratives, wit and tales which reflect codes of moral conduct.


Ulasan:

Menurut penulis buku Eh! Wat Yu Talking? Chronicles of Malay Humour, buku ini adalah kompilasi kisah-kisah lucu Melayu. Terdapat 79 kisah yang dimuatkan di dalam buku ini dengan watak-watak seperti Pak Pandir, Pak Him dan Pak Lomak. Kisah-kisah ini bukanlah kisah Pak Pandir yang biasa kita dengar, sebaliknya kisah-kisah yang diletakkan di dalam konteks zaman semasa.

Memang kebanyakan kisah yang dimuatkan di dalam buku nipis ini agak lucu. Cuma saya terfikir sendirian, ada di antara kisah-kisah ini yang menonjolkan "kebodohan" orang Melayu dan menyentuh tentang agama dan orang agama. Dalam banyak kisah yang dikumpulkan ini, watak Pak Pandir digambarkan sebagai seorang imam dan kadi. Kisah "The Friday Sermon" (halaman 111-112) seperti memberikan gambaran khutbah Jumaat boleh dibuat bahan gurauan atau sindiran, manakala kisah "A Just Kiss" (halaman 51) dan kisah "Botox" (halaman 91) pula seperti memperlekehkan soal hukum. Ini sekadar mengambil beberapa contoh.

Saya faham niat Syed Ali Tawfik Al-Attas adalah untuk mengumpulkan kisah-kisah humor versi moden ini sebagai satu bahan bacaan santai yang ringan yang boleh memberikan kelegaan kepada stres kehidupan seharian. Memang ada moral di sebalik kisah-kisah ini, cuma saya terasa sedikit ralat apabila membaca sesetengah kisah ini. Perlukah kita mempermainkan, menyindir atau memperlekehkan orang agama untuk menimbulkan rasa lucu? Terasa sesetengah kisah di sini agak sarkastik. Entahlah, mungkin itu persepsi peribadi saya tetapi persepsi ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang guru saya bahawa, "Sarcasm is the lowest form of wit."

Bagi saya, koleksi kisah di dalam Eh! Wat Yu Talking? Chronicles of Malay Humour memberikan pembacanya modal sembang di kedai kopi. Ianya adalah bahan bacaan santai yang sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang ringan. Tidak perlu menjadi ahli falsafah atau ilmuwan hebat untuk memahami kisah-kisah di dalam buku ini.


Penilaian: 2.5 bintang

2 ulasan:

d7angel berkata...

saya dah beli buku ni. secara peribadi, saya setuju dengan pendapat ulas dan kupas. aneh dan pelik apabila seseorang seperti penulis buku itu yang memimpin sebuah organisasi yang tersohor menerbitkan novel seperti itu.

Jie berkata...

To be honest, saya mulanya tertarik dan dah selak-selak buku ni masa di kedai buku, tapi tak jadi beli sebab rasa sedikit *ralat* dengan lawaknya, memanglah kelakar tapi... takpelah, saya kembalikan buku tu ke raknya.