Nota Aluan

Selamat bertamu ke blog Ulas & Kupas. Blog ini dibangunkan bagi membicarakan tentang buku untuk kebaikan kita bersama. Ulasan dan kupasan di sini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang akan bersetuju dan mungkin lebih ramai lagi yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Tidak mengapa, kita raikan perbezaan pandangan secara sihat dan membina. Sama-sama kita hormati pandangan orang lain dan berpeganglah kepada adab berbeza pandangan. Teruskan membaca kerana ianya santapan minda anda!

Rabu, 5 September 2007

The Cain Saga, Vol. 1: Forgotten Juliet


Penulis: Kaori Yuki
Artis: Kaori Yuki
Penterjemah: Akira Watanabe
Penerbit: VIZ Media, LLC
Tahun: 2006 (cetakan kedua)
Halaman: 192
Harga: RM30.66 (USD8.99)
Genre: Penyiasatan
Pengantar: Bahasa Inggeris


Sinopsis:

Delve into the tortured past of Earl Cain C. Hargreaves, charismatic heir to a wealthy family full of secrets, lies and unthinkable crimes. The prequel to the Godchild series, The Cain Saga follows the young Cain as he attempts to unravel the secrets of his birth, all the while solving each new mystery that comes his way.

Five gripping stories of love, friendship and betrayal - "Forgotten Juliet," "Branded Bibi," "The Youths Who Stopped Time," "Double," and "The Death of Cleo" - comprise this poignant first installment of Kaori Yuki's atmospheric epic.


Ulasan:

Inilah kali pertama saya membaca manga (perkataan Jepun untuk komik). Anak saudara saya adalah peminat manga, jadi sengaja saya cuba membaca untuk mengenal pasti daya tarikan yang ada pada manga. Oleh itu, semasa di Kinokuniya baru-baru ini, saya telah membeli The Cain Saga, Vol. 1: Forgotten Juliet ini. Seperti yang dinyatakan di dalam sinopsis, kisah ini adalah antologi lima kisah mengenai Earl Cain C. Hargreaves. Kisah "Forgotten Juliet" memperkenalkan protagonis utama kisah ini iaitu seorang yang amat meminati pelbagai jenis racun.

Saya sebenarnya sedikit kekok apabila mula membaca The Cain Saga, Vol. 1: Forgotten Juliet kerana perlu dibaca dari kanan ke kiri. Jika karya ini bertulisan jawi, saya tidak punya masalah tetapi apabila menggunakan tulisan rumi dan perlu dibaca dari kanan ke kiri, maka sedikit sebanyak ini memerlukan proses pembiasaan.

Membaca koleksi kisah Earl Cain C. Hargreaves ini, saya merasakan kehadiran unsur-unsur filem Barat. Malah, ini diakui sendiri oleh penulis menerusi nota-nota yang diselitkan di sana sini. Kisah Cain ini berlatarbelakangkan kota London pada kurun ke-19. Ini memberikan rasa deja-vu kepada pembaca yang biasa dengan kisah Sherlock Holmes. Imbasan-imbasan dan rujukan-rujukan kepada filem-filem atau drama-drama Barat juga dapat dirasakan, misalnya unsur-unsur misteri Twin Peaks dapat dilihat di dalam kisah "Branded Bibi" dan aura Dead Poets Society dapat dirasakan di dalam kisah "The Boys Who Stopped Time" (di kulit belakang ditulis sebagai "The Youths Who Stopped Time").

Saya kira saya masih memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan manga. Pun begitu, saya sedikit sebanyak tertarik dengan teknik penceritaan yang digunakan di dalam manga Jepun ini. Mungkin saya akan mendapatkan jilid kedua kisah mengenai Cain ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut rahsia keluarga protagonis penuh enigma ini.


Penilaian: 3 bintang

1 ulasan:

NURAZZAH8 berkata...

saya juga pernah melihat anak2 bujang saya membaca mangga ini secara online. Saya pun tak tahu apa yg seronoknya cerita ini kerana sejak kecil saya memang tak suka baca komik sebegini (maksud saya fiksyen)... padangan mereka berbeza ... abang saya, yg sudah berumur 40an juga masih lagi membeli komik2 fiksyen ini... hah...sama naik lah anak saya kerana pakcik juga menyokong!!!